“Dream as if you’ll live forever, live as if you’ll die today.” -JAMES DEAN-

 Assalamualaikum semua.

Saya ingin berkongsi mengenai impian saya dengan korang semua.
Saya menyimpan angan-angan yang sangat besar iaitu ingin menyambung pengajian ke luar negara. Tetapi… bukan dengan menggunakan duit mak bapak saya, sebaliknya saya mahu mendapat tajaan dari pihak kerajaan. Saya mahu ianya datang dari usaha saya sendiri. Hanya dengan itu, saya pasti berpuas hati. Tapi saya takut. Takut. Yang saya tidak mampu melakukannya. Saya kerap bertanya. Adakah saya boleh? Sebenarnya, memang SUSAH!  Kalau kita tidak bersungguh-sungguh. SUSAH! Kalau cakap gebang semata-mata. Ianya ibarat melepaskan batuk di tepi tangga  ataupun hangat-hangat tahi ayam ataupun masuk bakul angkat sendiri. Saya tidak mahu menjadi salah satu daripadanya.
Saya sebenarnya seorang yang agak susah untuk menceritakan tentang impian saya, atau cita-cita. Takut digelar sebagai BERLAGAK atau POYO atau MEGGELABI atau CAKAP BESAR dan sebagainya. Hanya orang yang tertentu sahaja (orang yang saya selesa) yang tahu apa yang saya mahu, apa yang saya usahakan. Apa yang lebih menakutkan saya ialah saya tidak dapat apa yang saya impikan. Sesungguhnya, ia amat menyakitkan. Sebab itu saya mengamalkan konsep bertenang iaitu saya hanya berusaha bersungguh-sungguh dan sehabis baik. InsyaALLAH… pulangannya pasti tidak mengecewakan. Hanya ALLAH yang tahu selok belok kehidupan saya. Ianya seperti mati. Kalau ALLAH mahu saya mati. Dengan automatiknya saya boleh mati dengan kehendakNYA sekarang ini.
Saya tahu kalau saya berusaha, saya akan dapat ganjarannya. Apa yang penting ialah saya perlu belajar untuk jujur dengan diri sendiri. Orang boleh kata “Ala, Tyra dia belajar…” Mana korang semua tahu saya belajar? Hanya saya seorang sahaja yang tahu saya belajar atau tidak. Sebab itu saya hanya berani mengatakan. TUNGGULAH MACAM MANA RESULT NANTI. Kalau baik keputusan saya, ia bermakna saya BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH SIANG DAN MALAM. Kalau buruk keputusan saya, maka saya TIDAK belajar bersungguh-sungguh. Saya TIDAK IKHLAS DALAM MENUNTUT ILMU.
Selama ini saya seorang insan yang bodoh, bangang, lembab. Tapi jauh di sudut hati saya. Saya menjerit, meronta-ronta SAYA MAHU MENJADI ORANG YANG HEBAT. Sudah banyak kata-kata negatif dilemparkan ke telinga ini. Tetapi saya hanya memekakkan telinga. Kerana hanya saya sahaja yang tahu kemampuan saya. Orang lain tidak tahu sama sekali. Ianya hanya SAYA! (Terima Kasih kepada sesiapa yang sentiasa percaya kepada diri ini.)
Saya menyimpan hasrat ingin menjadi seorang pensyarah pada suatu hari nanti. Kenapa? Sebab saya mahu sentiasa belajar dan saya suka mengajar. Kalau ada rezeki untuk saya melanjutkan pengajian di luar negara, saya akan cuba yang terbaik. Saya mahu menyambung jurusan PERFILEMAN. Siapa kata jurusan yang saya pilih ini tidak boleh pergi jauh. Siapa yang fikir sebegitu, anda silap sama sekali. Saya sudah jatuh cinta dengan jurusan ini dan tidak akan berpatah balik. Jujur saya katakan, ilmu adalah segalanya-galanya bagi saya. Tetapi apa yang lebih penting, saya serahkan segala kehidupan saya hanya kepada ALLAH S.W.T.
Semoga apa yang saya impikan dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T. Amin. 
Terima Kasih kerana sudi membaca.
TYRA
Advertisements

2 responses to this post.

  1. Assalammualaikum, si manis! Art doakan yg terbaik utk tyra. Sebenarnya semua org punya impian yg sgt3 besar tp dorg x berani utk kecapi. mcm art, art pun same nk blaja luar negara. hehe. itu cuma impian Art. so sista, all the best! semoga Allah memberkati usaha kita.. Aaammiinn..

    Reply

  2. hai kak yg very cool!akak, saya percaya akak bole, saya tau dlm diri akak ada tekad, akak bole. so kak, belaja gler2! akak pon best of luck!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: